Friday, May 16, 2008

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


16 Mei tarikh keramat buat semua warga guru di Malaysia. Tidak ketinggalan di SK Sri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah yang bersama-sama menyambut hari bertuah ini bersama penyertaan murid-murid.
Sambutan hari guru ini, bermula di awal pagi dengan senaman robik dr semua guru. Memang susah nak tengok guru-guru bersama-sama bersenam. Acara sukaneka mengamatkan lagi suasana dengan pelbagai permainan tradisional diantara guru.Ucapan Ikrar guru yang dipimpin Guru Besar Hj. Abdul Gahni Hj Mohd Kassim bergema diruang dewan terbuka. Tanda semangat guru-guru disini.


Persembahan murid, angklong, sajak dan tarian menarik perhatian semua warga sksg yang terlibat.Penyampaian hadiah diadakan diakhir acara setelah acara kemuncak iaitu pertandingan tarik tali antara kumpulan. Habis sakit urat cikgu-cikgu kita.Pada malam in, jamuan makan malam akan diadakan di Hotel Beviley Hills. Datang arr jangan tak datang. Makan Free tu..


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Buat murid-murid yang dikasihi terima kasih dengan pelbagai penghargaan dan hadiah kepada guru-guru anda.Tak lupa kepada pihak ibubapa, pihak kantin yang support makan tengahari. Sedapppp!!!

Macamanapun..minggu depan kita ada peperiksaan semester pertama..Diharapkan semua murid-murid sudah bersedia..Good Luck!!

0 comments: