Thursday, July 31, 2008

Isra' Mikraj

30 Julai 08 - Panitia Pendidikan Islam SKSG menjalankan program Isra wal Mikraj pada kali ini. Majlis bermula jam 7.30 pagi dimulai dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Us. Mohd Sabri Ibrahim. Selesai membaca Yassin, bacaan Selawat mengiringi majlis tersebut.
Penggunaan al-Quran Flash ketika bacaan Yassin menunjukkan peningkatan penggunaan ICT di kalangan guru pendidikan Islam. Seterusnya, Sebelum ceramah bermula. Majlis diserikan dengan bacaan al-Quranul Karim oleh Adik Nurul Hisyam b. Sanusai adalah murid tahun 4.
Ceramah Isra' Mikraj telah disampaikan oleh Us. Nik Amran B. Nik Mat dari SMKA Inanam, Kota Kinabalu. Banyak pengajaran yang dapat diambil dan dikongsi bersama murid-murid. Majlis diteruskan dengan kuiz yang dibagikan kepada kuiz ujian bertulis yang telah dimulakan pada minggu lepas. Kuiz ujian lisan selepas ceramah menunjukkan komitemen yang ditunjukkan oleh murid ketika mendengar ceramah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz.
Penyampaian hadiah oleh guru besar SKSG adalah penutupan yang mengakhiri majlis Isra' dan Mikraj pada kali ini.
Semoga manfaat dari majlis yang dilaksanakan ini, akan menlahirkan modal insan yang bertakwa kepada Allah. Saksikan panoramanya nanti

0 comments: