Friday, July 11, 2008

Suasana Solat Hajat Imtihan






10hb Julai - Pelaksanaan kali ke2 Solat Hajat Imtihan yang dilaksanakan dibawah kelolaan Panatia Pendidikan Islam, Sk Sri Gaya, Kota Kinabalu Sabah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penyertaan murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Aktiviti membaca Surah Yassin dan Solat Hajat merupakan agenda utama pelaksanaannya. Tazkirah ringkas turut diselitkan untuk memberi peringatan kepada murid-murid tentang kepentingan ilmu dan sebagainya.

Jamuan makan juga disediakan hasil daripada sumbangan ibubapa dan yang dibawa oleh murid-murid memeriahkan lagi suasana malam. Aktiviti ini akan berterusan sehingga kedatangan Solat Hajat Mega yang akan disertai oleh ibubapa dan guru-guru serta murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan.

Semoga segala usaha dan tawakkal ini akan menghasilkan natijah peperiksaan buat anak-anak di Sk Sri Gaya. D

0 comments: