Friday, September 5, 2008

Raudah Ramadhan

Bulan Ramadhan telah pun kita lalui dengan seribu kegembiraan kerana diberikan peluang kepada kita oleh Allah untuk terus menikmati dan mengalami sendiri "Raudatul Ramadhan" yang penuh dengan keampunan dan rahmat Allah.

Banyak hadis yang menyebut tentang keistimewaan Ramadhan yang didatangkan khusus buat umat Muhammad. Adakah peluang dan ruang itu telah kita isi dengan amal ibadat? Jika peluang kemanisan amal ibadat itu tidak dapat kita sempurnakan..belum tentu kita akan berhadapan lagi dengan ramadhan akan datang. Maka, marilah bersama merebut peluang dan ruang yang ada dikala kesempatan ini untuk menghidupkan roh ketakwaan yang sebenar.

Diantara langkah-langkah terbaik untuk meraikan ramadahan kali ini adalah seperti:
1. Berbanyakkan berdoa.
2. Berbanyakkan zikir dan tahmid.
3. Berbanyakkan sedekah.
4. Berbanykkan amal pekerjaaan yang baik-baik.
5. Menjaga solat.
5. Menjaga tutur kata dan bicara.
6. Mengikuti sunnah dalam mengamalkan ibadat.
7. Menuntut ilmu pengetahuan.
8. Menutup aurat.
9. Menjaga siraturrahim.
10. Membuat amal kebajikan

Semoga panduan ringkas ini, mengerakkan hati-hati kita untuk terus melakukan kebaikan bermula dari Ramadhan hinggalah berakhirnya penghujung hajat kita. amin...

0 comments: