Friday, November 28, 2008

Tazkiratul Nafsi ( Siri 2 )

BAB TAUBAT ( باب التوبة )


Firman Allah :
وتوبوا إلى الله جميعا أية المؤمنون لعلكم تفلحون

Maksudnya : Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan (Surah an-nur - 31 )

Firman Allah :
يأيها الذين ءامنوا توبوا إلى الله توبة نصوحا

Maksudanya : Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha ( Surah at-Tahrim - 8 )

عن أنس بن مالك رضى الله عنه : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : والله إني لأستغفرالله , وأتوب إليه , في اليوم , أكثر من سبعبن مرة

Para ulama menyatakan taubat merupakan perkara yang wajib bagi setiap dosa yang dilakukan. Sesungguhnya perbuatan maksiat yang dilakukan perlulah memohon keampunan dari Allah. Dosa yang dilakukan diantara seorang hamba kepada Allah, perlulah bertaubat dengan memastikan:
1. Menyesali perbuatan maksiat yang dilakukan.
2. Tidak mengulangi perbuatan tersebut selepas bertaubat.
3. Berazam dengan sebenar-benarnya untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat tersebut.

Dosa sesama manusia perlu memohon maaf kepada manusia tersebut.

Semoga pesanan yang ringkas ini memberi natijah buat kita bersama..

0 comments: