Thursday, January 1, 2009

Program Transisi Tahun 1

Majlis Penutupan untuk Program Transisi Tahun 1 2009 telahpun selesai. Tentunya membawa pelbagai kenangan manis buat murid-murid yang akan memulakan sesi persekolahan ini. Tentunya harapan ibubapa juga ingin melihat kejayaan dan keaktifan anak-anak mereka di Sekolah Kluster SK Sri Gaya.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Hj. Abdul Gahni B. Hj. Mohd Kassim pada jam 11.30 Tghari. Semangat dan harapan beliau supaya SK Sri Gaya akan lebih gemilang dan terbilang sesuai dengan Visi dan Misi sekolah yang ingin dicapai bersama. Murid-murid juga diberi peluang untuk membuat persembahan dalam menyerikan lagi majlis tersebut antaranya ialah tarian daripada murid-murid.

Besarlah harapan dan impian, agar kedatangan murid-murid ini sebagai warga SKSG akan menambahkan lagi kecemerlangan pendidikan. Selamat Maju Jaya diucapkan

0 comments: