Wednesday, January 21, 2009

Kutipan Derma...

Bermula 21 hb Januari hingga 23hb Januari, Panitia Pendidikan Islam melancarkan kutipan Derma Untuk Rakyat Palestin bertujuan membantu rakyat disana yang mengalami kekurangan makanan, kemusnahan harta benda dan kediaman akibat peperangan. Alhamdulillah, Kutipan hari pertama berjumlah RM700.00 berjaya dikumpul melalui kutipan kelas ke kelas. Sikap prihatin yang ditunjukkan dikalangan murid. Namun, ada juga dikalangan mereka yang tidak mengetahui derma apakah yang sedang dikumpulkan itu.

Tuntasnya, memupuk satu sikap moral yang tinggi dan melahirkan modal insan yang cemerlang perlu dipraktikkan dengan aktiviti-aktiviti yang jelas dan positif. Semoga usaha-usaha yang kecil begini akan membawa impak yang besar kepada generasi yang lahir di SK Sri Gaya. Terima Kasih

*Kepada yang berminat untuk mendapatkan kertas kerja boleh tinggalkan pesanan anda di shout box.

0 comments: