Friday, February 6, 2009

Pertukaran Guru Pendidikan Islam Program j-QAF

Hari ini saya mendapat surat rasmi yang bertajuk "PENEMPATAN SEMULA/PERUBAHAN TEMPAT BERTUGAS GURU PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM j-QAF" menunjukkan PEMBEKUAN yang dibuat pada tahun lepas telah telah dimansuhkan. Ini tentu memberikan berita baik buat semua Guru Pendidikan Islam Program j-QAF.

Walaubagaimanapun, beberapa pra syarat telah dinyatakan untuk membuat permohonan tersebut antaranya :
1. Permohonan penempatan semual secara suka sama suka.
2. Pemohon telah dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41.
3. Opsyen yang sama.

Guru Pendidikan Islam Program j-QAF kohort 2005 boleh membuat permohonan secara online manakala kohort yang terkemudian boleh memohon dengan menggunakan borang yang sedia ada di sekolah secara manual dan disertakan surat rasmi permohonan suka sama suka pasangan yang terlibat.

Serahkan borang anda pada atau sebelum 30 April bagi pertukaran pertengahan tahun dan 30 september bagi pertukaran tahun berikutnya.

Dengan demikian, diharapkan kepada semua Guru Pendidikan Islam Program j-QAF dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik untuk memperkasakan pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah ini yang merupakan objektif utama Program j-QAF dilaksanakan. Guru Pendidikan Islam sedia ada bantulah dalam memperkasa pendidikan Islam di sekolah anda.

1 comments: