Monday, February 2, 2009

Warga pendidik jangan terlibat skim cepat kaya

SEMPORNA 2 Feb. - Warga pendidik dinasihati agar jangan terlibat dengan sistem cepat kaya kerana ini bertentangan dengan undang-undang dan juga boleh menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses pendidikan pelajar.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata warga pendidik janganlah membabitkan diri dalam skim ini kerana sudah ramai kehilangan wang banyak disebabkan melabur dalamnya serta bagi mengelakkan daripada diambil tindakan undang-undang.
“Setakat ini saya tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang sejauh mana penglibatan warga pendidik dalam isu ini dan tidak ada menerima aduan mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama sempena Majlis Memperkasakan Sekolah Kebangsaan di sini hari ini. - Sumber : Bernama

0 comments: