Friday, October 15, 2010

Gambar-gambar Kem Bestari Solat Perdana 2010

Al-hamdulillah, Kem Bestari Solat Perdana 2010 telah pun berjaya dilaksanakan..Pelaksanaan Kem Bestari solat yang dilaksanakan pada hari sabtu bersamaan 9/10/2010 dengan kehadiran murid hampir 500 orang dari murid tahun 1-6. Peratus kehadihan 55% lebih kurang. Kemungkinan besar ketidakhadiran murid adalah disebabkan ramai murid yang terpaksa menghadiri peperiksaan sek agama.
Sebelum tengok gambar, nak bagi tahu ralat pada tarikh gambar, kamera lama tak guna, tak perasan pulak tarikhnya tak update.
Berikut adalah antara gambar dan panorama yang berlaku dalam KBS Perdana 2010 :


Murid tahun 6 dalam perbincangan melakukan penyusunan imam dan makmum dengan menggunakan botol air yang berlabel imam dan makmum.

Pertandingan azan bagi tahun 4 & 5
bagi murid perempuan, mereka dilibatkan dengan pertandingan iqamah

Kelihatan Cikgu Norizzan menutup telinga kerana ketakutan dalam acara memecahkan belon. Dalam belon tersebut mengandungi soalan berkaitan dengan niat solat. Murid dikehendaki meniup belon sehingga pecah dan menjawab soalan tersebut. Jika murid dapat jawab dengan tepat, hadiah belon akan diberikan.


Belon dah pecah, tapi jawab soalan tak dapat..pasal tu masih berdiri kat depan.


Murid didedahkan mengambil wuduk dengan menggunakan botol air.


LDK berkaitan dengan solat


Berbaris menuju ke kantin


menunggu giliran tapau


Taklimat ringkas sebelum masuk ke LDK masing2
Moga-moga dengan KBS ini akan menimbulkan rasa cinta dan bersemangat untuk terus melakukan ibadah kepada Allah.

0 comments: