Tuesday, August 9, 2011

Ihya Ramadan

 Ustaz Zahar memberikan tazkirah ringkas


Alhamdulillah, aktivito solat zohor berjemaah dapat lagi berterusan hingga ke Ramadan..moga-moga ianya akan berkekalan...harapan akan ada pula dari kalangan guru-guru dan warga sksg yg turut mengimarahkan surau terutama dalam melaksanakan solat zohor berjamaah. Disepanjang Ramadan kali ni..hasrat dan harapan, tazkirah selepas zohor akan berjalan sepanjang ramadan ini..

Thursday, June 30, 2011

JADUAL PENGGILIRAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN

Assalamualaikum...kepada semua guru GPI, jemputan mengimamkan solat sunat hajat dan mengepalai bacaan Yassin. Berikut adalah jadual yang telah disusun atur.

Thursday, March 24, 2011

Terima Kasih Atas Sumbangan

Al-hamdulillah Allah permudahkan urusan, sumbangan yang diberikan oleh ibubapa dan pihak2 tertentu hanya Allah sahaja yang akan membalasnya....disini saya sertakan gambar2 penambahbaikan dan peralatan yang yg telah dilakukan hasil daripada sumbangan2 yg telah diberkan..

 Kabinet Al-Quran 2 Set
 Rak Kasut daripada besi 3 set dgn ukuran panjang 9kaki
 Tempat gantung LCD 2 Set telah pun berfunsi dan diguna pakai semasa proses P&P
 Tempat wuduk bersebelahan surau
Tingkap sliding 5 set

Terima kasih atas sumbangan. Walaubagaimana pun..sumbangan masih lagi diperlukan kerana masih ada keperluan yang perlu dilakukan terutama disurau dan bilik panitia.

Monday, February 21, 2011

Sambutan Maulidurrasul 2011

Sambutan Maulidurrasul peringkat Sk Sri Gaya telah berlangsung pada 18/2/2011. Perarakan bermula dari dewan terbuka dan mengelilingi Taman Sri Gaya. Hadir sama dalam majlis perarakan maulidurrasul ialah YDP PIBG termasuk exco-exconya.



Barisan PIBG dipintu gerbang SKSG sebelum perarakan bermula
Ustaz Zahar membawa murid mengelilingi Taman Sri gaya

Cikgu Yusof bersama dengan murid-murid tahun 3
Sebelum ceramah bermula, alunan al-quran disampaikan oleh Taqiyuddin dari kelas 5SK
Ustaz Syed Mohd Ikramuddin Hj Syed Omar sebagai penceramah undangan
Perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG SKSG
YDP menyampaikan hadiah kepada murid ketika slot kuiz


                               Tahniah kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan-soalan kuiz




Monday, February 14, 2011

Jadual Solat Zohor Tahun 6



·         Sekiranya terdapat guru pada masa tersebut, guru yang akan mengambil tempat imam.
·         Imam / Bilal / muazzin akan bergilir-gilir mengikut minggu
·         Kelas tahun 6 yang dijadualkan untuk ke surau dikehendaki ke surau untuk melakukan solat  zohor berjemaah. Walaubagaimana pun Kelas tahun 6 yang tidak terlibat pada hari yang dijadualkan adalah digalakkan untuk solat zohor berjemaah disurau.




“KEJAYAAN ADALAH MILIK ALLAH, ALLAH YANG BERHAK MEMBERIKAN KITA KEJAYAAN,
MAKA HAMPIRKAN DIRI KITA KEPADA-NYA, MUDAH-MUDAHAN DENGAN  CARA  INI ALLAH MEMILIH KITA DARI GOLONGAN YANG BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT”

Monday, January 31, 2011

Naik Taraf Surau & Bilik Panitia

Cuti sepanjang seminggu ni, proses menaik taraf surau dan bilik panitia berjalan seperti yang dirancang. Namun agak perlahan kerana dana yang masih kekurangan. Dalam masa yang terkejar-kejar, agak susah nak dapatkan dana ni. Mudah-mudahan akan ada hamba-hamba Allah yang ingin megejar pahala jariah ini.  Di sini saya masukkan sedikit gambar-gambar sekitar yang berlaku dalam masa terdekat


                                 
Tempat wuduk lelaki yang dahulunya lorong dan laluan untuk ke blok C semata. Tapi kini telah dimanfaatkan lorong ini. Sudah berfungsi dan telah pun digunakan

           Kelihatan tukang sedang membuka tingkap untuk membuat kabinet al-quran



 Bilik Panitia yg akan beroperasi lebih kpd P&P dan aktiviti. Cadangan untuk pemasangan  tiles dan carpet. Dilengkapi dengan 6 buah kipas dinding dan pemasangan LCD. Apapun melihat kepada dana-dana dan sponser dari individu.

                                       
                          Bilik ini akan dijadikan sebagai bilik panitia pendidikan islam

Kabinet untuk al-quran sebanyak 2 set kabinet.

Akhir sekali kepada sesiapa yang terpanggil untuk membeli saham akhirat boleh menghubungi saya
 Ustaz Mohd Sabri Ibrahim 0138898706

Anggaran Kasar lebih kurang RM 7000.00


Monday, January 24, 2011

Tempat Wuduk Lelaki

Mesyuarat Panitia Pendidikan Kali Pertama

Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam pun berjaya melaksanakan mesyuarat kali pertama pada 20/1/2011 bertempat disurau sekolah. Banyak perkara yang dibincangkan dalama mesyuarat tersebut dan antara perkara baru yang berlaku kali ini adalah tugas setiap aktiviti telah pun diagihkan kepada guru masing-masing. Dalam erti kata lain S/U tidak dibebankan dengan membuat semua kertas kerja.


Semoga pada tahun ini, Panitia Pendidikan Islam akan terus mantap dan menonjol.

Thursday, January 20, 2011

Jemputan Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali Pertama 2011

Thursday, January 6, 2011

Mesyuarat Panitia Pendidikan Kali Pertama

Assalamualaikum....
 Kepada semua guru pendidikan islam / j-QAF, sebagai makluman awal, mesyuarat Panitia Pendidkan Islam Kali Pertama akan diadakan pada hari Khamis bersamaan 20 Jan 2011. Justeru diharapkan semua guru GPI / j_QAf agar dapat bersedia dengan lebih awal. Penetapan tarikh adalah berdasarkan Taqwim Sekolah.
Sekian harap maklum.