Monday, March 16, 2009

Perbincangan Kem Solat Untuk Tahap 2



Ust Zahar sedang menerangkan pelan tindakan yang akan dilakukan dalam kem solat tahap 2 nanti.





Kesimpulan daripada perbincangan yang kami adakan disurau bersama, kami persembahkan kepada guru besar dan akhirnya guru besar bersetuju dengan pelan tindakan yang kami bincangkan bersama.

Cadangan dikemukan :

1. Diadakan dalam bentuk stesen.

2. Hanya pada hari sabtu sahaja.

3. Bantuan Fisilitator luar diambil kira.Pelajar SMKA Kota Kinabalu.

Rasionalnya :

1. Kekurangan tenaga daripada guru j-QAF dan GPI.

2. Nisbah murid yang ramai.

3. Meringankan beban guru akademik sebagai fisilitator

4. keadilan sama rata dari segi pengagihan masa dan waktu untuk fasilitator (guru akademik di SKSG)

5. Mengikut kesesuaian sekolah.

Kesimpulannya :

Cadangan pelaksanaan kem dari kementerian tetap disusun dengan sebaik mungkin. Semoga keputusan bersama ini tidak menyalahi pelaksanaan yang dikehendaki oleh pihak kementerian.

* Semua guru terlibat dengan Kem Bestari Solat sejak diperkenalkan tahun 2005. Terima Kasih dengan bantuan dan sokongan dari semua guru di SKSG. Semoga SKSG semakin mantap dan cemerlang

2 comments:

Warga GPI j-QAF SKTM said...

salam..diperturunkan obj KBS tahun 5...

4.5. Tahun 5

4.5.1. Murid dapat berwudhuk dan tayammum dengan sempurna
4.5.2. Murid dapat melaungkan dan melafazkan Azan dengan betul
4.5.3. Murid dapat melafazkan Azan dan Iqamah dengan betul
4.5.4. Murid dapat membaca doa selepas Azan dan Iqamah dengan betul
4.5.5. Murid dapat membaca dan menghafaz surah Al-Bayyinah, Al-Qadr dan Al-‘Alaq dengan betul dan lancar
4.5.6. Murid dapat membaca dan memahami surah Al-Fatihah, doa iftitah, tahiyyat awal, tahiyyat akhir dan doa qunut.
4.5.7. Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna
4.5.8. Murid dapat memahami dan menyatakan perbezaan antara masbuk dan muafiq
4.5.9. Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah solat

Warga GPI j-QAF SKTM said...

salam...utk contoh KKD KBS yang kami buat tahun nih, kalau nak dikongsi sekdar yang ada... harap SKSG leh bagi alamat emel... nnt akan kami usahakan... banner SKSG pun dah siap tau...hehe