Thursday, April 9, 2009

Manfaatkah atau sia-sia adakan Kem Bestari Solat??



Renungan bersama untuk sahabat,sahabat j-QAF, guru-guru, ibubapa & murid-murid SKSG. Tahun ini merupakan tahun ke 5 sekolah-sekolah kementerian melaksanakan program kem bestari solat. Satu usaha yang sangat murni dalam melebarkan dakwah islam. Namun perlaksaannya terkadang indah khabar dari rupa atas beberapa faktor. Faktor paling utama kekurangan Fasilitator.

Namun alhamdulillah sejak akhir-akhir ini ia dapat ditangani dengan cara menjalinkan hubungan dengan sekolah-sekolah men. agama bagi mendapatkan tenaga fasilitator dikalangan pelajar-pelajar menengah. Alhamdulillah Allah permudahan segala urusan.
Kini tanpa disedari wujud satu faktor pada ana ia adalah kritikal, aplikasi dari kem bestari solat tidak berlaku dikalangan murid-murid. Ana ada buat soal selidik melalui P&P, ramai murid-murid yang tidak melaksanakan solat. Apa yang lebih malang bila ditanya secara lebih mendalam, ibubapa pun tidak solat. Kalau acuannya begitu, begitulah kuihnya. Ibubapa tidak solat, anak kemungkinan besar pun seperti ibubapa mereka. Hakikat ini berlaku di Sabah. Soal selidik ini ana lakukan 2 kelas dari tahun 5 melalui teman-teman di beberapa buah sekolah lain. Hanya 30% sahaja yang solat & begitulah juga hal ibubapa mereka.

Hakikat yang berlaku, anak-anak mereka dihantar ke sekolah agama, satu komitmen yang ditunjukkan cukup tinggi tapi hanya sekadar itu, tidak lebih dari itu. Anak-anak tetap tidak melakukan solat.
Kepada ibubapa, guru-guru, kita semua adalah model kepada anak-anak. Jangan sampai " bapak aku pun tak solat " kata anak-anak kita.
Nampak gaya lepas ni kita kena buat kem bestari solat untuk ibu bapa pula........."katakan setuju"

3 comments:

GPI said...

Setuju!

jqafsklc said...

setuju juga. kalau bertepuk sebelah tangan kerja tak menjadi sebagaimana yang diidamkan..so, semua pihak kena bersatu dan bekerjasama...bukan guru2 je.

Faza said...

Sama lah juga dengan sekolah saya..Macam-macam alasan diceritakan kenapa tak solat.antaranya :

1- Parent kata jimatkan air kat rumah
2- tak pernah nampak mak ayah solat
3- Adik beradik pun tak solat gak..

Ibu bapa mencorak anak-anak..