Friday, May 29, 2009

Majlis Anugerah Cemerlang SKSG

Hiasan Pentas di Majlis Anugerah Cemerlang SKSG di Dewan Saadah MUIS Kota Kinabalu
Adik Yasmin beraksi dengan ceritanya "Anak Monyet Mahu Bulan"
Barisan VIP
Barisan peserta yang menerima anugerah
Kehadiran Ibubapa memenuhi ruang dewan

27 Mei 2009 - TAHNIAH!!!... kepada barisan pengurusan dan kepimpinan sekolah yang berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2008 (MAC 08) yang diadakan di Dewan Saadah, MUIS Kota Kinabalu. Kehadiran ibubapa juga amat menggalakkan yang memenuhi ruang dewan tersebut.

Majlis yang telah disempurnakan oleh Hjh. Maimunah Hj Suhaibul ( Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Sabah). Beliau mengalu-alukan majlis begini untuk memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dan berjaya. YDP Pengerusi PIBG En, Juhari Janan juga turut berucap dalam pembukaan majlis ini.

Antara Penyampaian Hadiah ialah :
1. Penyampaian Akademik terbaik tahap 1.
2. Penyampaian Akademik terbaik tahap 2.
3. Penyampaian cemerlang mengikut matapelajaran tahap 1 dan 2.
4. Penyampaian hadiah untuk pencampaian Akademik terbaik keseluruhan tahap 1 dan 2.
5. Penyampaian anugerah dan sijil :
1. Anugerah kehadiran penuh.
2. Anugerah Sahsiah terbaik.
3. Anugerah Khas guru besar.
4. Anugerah Khas PIBG.


Antara persembahan murid :
1. Persembahan tarian rampaian melayu.
2. Persembahan bercerita ( adik Yasmin Natasha Jamil)(Johan bercerita Negeri Sabah)
3. Persembahan Action Song ( Murid tahun 3)
4. Persembahan Choral Speaking.
5. Persembahan Angklung.
6. Persembahan tarian etnik.

Semoga majlis begini akan memberikan impak positif dan terbaik buat semua warga di SKSG. Tahniah kepada pihak pengurusan majlis yang dapat menjalankan majlis dengan penuh sistematik. Kerjasama semua pihak diucapkan berbanyak terima kasih.

0 comments: