Tuesday, July 21, 2009

Solat Hajat Imtihan

Guru Besar turut serta menjayakan Solat Hajat Imtihan
Jamuan selepas Solat Hajat
Bekas murid pun turut serta
Sebahagian murid yang hadir

Ketika berita ini ditulis, perjalanan solat hajat imtihan telahpun memasuki minggu ke 3 pelaksanaannya. Pelaksanaan Solat Hajat Imtihan telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam sebagai satu munajat yang berterusan oleh warga sekolah ketika murid-murid tahun 6 sedang bertungkus lumus belajar untuk Peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Panitia Pendidikan Islam mengalu-alukan juga kehadiran ibubapa untuk turut serta bersama dengan anak-anak mereka bermunajat dan memohon kejayaan mereka. Solat Hajat Imtihan diadakan setiap minggu Khamis malam jumaat dengan aturcara berikut :

1. Solat Maghrib berjamaah.
2. Bacaan Yassin Berjemaah.
3. Tazkirah Ringkas.
4. Solat Isyak Berjamaah.
5. Solat Hajat Berjamaah.
6. Jamuan (sekiranya ada).

Sambungan daripada pelaksanaan aktiviti ini diteruskan dengan bacaan Yassin pada sebelah pagi Jumaat oleh murid-murid tahun 6.

Semoga usaha, kesungguhan, doa dan tawakkal akan mendekatkan diri anak-anak di SKSG dengan kejayaan nanti...wassalam

0 comments: