1. Memperbanyakkan niat atau azam untuk melakukan amalan yang baik sepanjang hari
Daripada Abu Hurairah: “Apabila seseorang hambaKu menyebut-nyebut untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan.” (Muslim).
2. Memelihara sembahyang lima waktu di masjid
“Barangsiapa menunaikan sembahyang Isya` secara berjamaah, maka dia seolah-olah menghidupkan separuh malam. Dan barangsiapa menunaikan sembahyang Subuh secara berjamaah, maka dia seolah-olah sembahyang malam seluruhnya.” (Riwayat Muslim)
3. Membaca zikir pagi dan petang
Allah berfirman: “Dan ucapkan pujian dengan kemuliaan Tuhanmu sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya.” (Taha: 13)
Sabda Rasulullah s. a. w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." - Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi
4. Tilawah al Quran; minima satu juzuk
Ibnu Abbas berkata: “Malaikat Jibrail menemui Rasulullah SAW setiap malam di bulan Ramadhan untuk tadarus al Quran dengannya.”
5. Solat Terawih
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang berdiri solat di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka ia akan diampuni dari dosa-dosa yang lalu”. (Maksud Hadis Riwayat Muslim)
6. Menjaga amalan sunat
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.(Bukhari-Hadis38 –Hadis 40)
7. Mengubah sesuatu kebiasaan sebagai ibadah dengan cara niat.
Sabda Rasulullah S.A.W “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan.Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”(.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
8. Mengambil peluang-peluang kebaikan.
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: “Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengankebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan
budi pekerti yang baik.”
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya”.(Muslim)
9. Memberi makan orang berbuka.
“Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikitpun.” (Riwayat at Tarmizi).
10. Menghadiri majlis ilmu.
“….Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidakberkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah danmengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akanmelitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescayanasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.(Riwayat Muslim Hadis 36 Hadis 40)
11. Memperbanyakkan doa.
“TIGA doa yang paling mustajab: Dao orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir.” (Riwayat at Tarmzizi).
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"( Surah Ghafir Ayat Ke-60)
12. Memelihara wudu’
Hadis Sayidina Othman r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Anas r.a katanya: Bahawa Sayidina Othman r.a telah mengajar cara berwuduk di Maqaid iaitu di kedai-kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Beliau bertanya: “Mahukah kamu jika aku tunjukkan bagaimana cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk? Beliau kemudian berwuduk tiga-tiga kali”.
13. Elak dari berkata perkataan yang tidak mendatangkan manfaat.
Rasululah s. a. w. bersabda; "Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa." - Sahih Bukhari
14. Berdoa ketika berbuka.
15. Menyegerakan berbuka apabila diyakini masuk waktu dan berbuka dengan tamar.
16. Memberi makan.
“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun” (HR Tirmidzi)
17. Bersedekah walaupun sedikit.
18. Duduk di masjid jika ada kelapangan
19. Membaca buku-buku agama
20. Mendengar kaset-kaset berunsur Islam (nasihat agama atau tilawah).
21. Hidupkan antara Maghrib dan Isya` dengan amalan.
22. Sentiasa mengingati Akhirat dan balasannya.
23. Bersyukur kepada Allah dan memujiNya di atas nikmat menyempurnakan puasa.
24. Mencari lailatul qadar.
“Carilah dengan segala daya upaya malam lailatul qadar di malam-malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan Ramadhan”. (Sahih Bukhari)
* Banyak lagi amalan-amalan sunat yang sangat-sangat dituntut untuk dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan bahkan selain bulan ramadhan sekalipun. Semoga bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment