Wednesday, August 5, 2009

Rangkuman Berita


MESYUARAT RIALITI PROGRAM j-QAF (ZON SABAH)
Sebanyak 15 buah sekolah telah membentangkan beberapa laporan Program j-QAF di sekolah masing-masing yang dihadiri oleh Pengarah BPI Y. Bhg Tuan Hj Abd. Rashid Bin Ngah, Tuan Hj. Mohd Bin Mohd Taib (Tim. Pengarah Pengurusan Pendidikan Islam), Tuan Hj Abdullah Bin Md. Din (Tim. Pengarah Operasi Dakwah), Ketua-ketua Sektor Negeri, Bahagian Dasar BPI, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK ), Guru-guru besar dan guru-guru j-QAF. Program berkaitan amat baik dan mendapat maklum balas yang positif atas pelaksanaan Program j-QAF di sekolah. Program diadakan bersempena dengan Majlis Tilawah al-Quran (Peringkat Kebangsaan), Kementerian Pelajaran Malaysia.





AJK BULETIN MTQ, KPM
SK Sri Gaya ditugaskan untuk membuat buletin bersempena MTQ, KPM yang diadakan pada 29 hingga 31 Julai 2009. Tugasan yang mencabar ini menjadi pengalaman berharga buat semua GPI/j-QAF di Sk Sri Gaya. Kena tahan mata ler..hehe



MALAM TAUTAN KASIH
Malam tautan kasih bersempena dengan MTQ, KPM mengeratkan lagi hubungan antara warga pendidik dengan pemimpin negeri. Antara tetamu kehormat yang hadir Menteri Pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Datuk Masidi Manjun, merangkap exco pendidikan yang membacakan teks ucapan Ketua Menteri Sabah Y.A.B Datuk Seri Musa Hj. Aman yang diadakan di Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu.



FESTIVAL BUKU DAN KEMPEN MEMBACA NEGERI SABAH 2009.
Kempen yang diadakan di South Atrium di 1Borneo selama hampir satu minggu dengan pelbagai acara yang diadakan selain dari pameran dan jualan buku. Saya (penulis ) terlibat sebagai hakim untuk Pertandingan Membaca Jawi Sekolah Rendah Luar Bandar yang dimenangi oleh SK Tebobon. Tahniah...







SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH
24 Julai 2009-Sambutan Isra' Mikraj yang diadakan di Dewan Sekolah memulakan acaranya dengan bacaan Yasin secara berjamaah di pimpin oleh Us. Mohd Sabri Ibrahim. Acara diteruskan dengan tayangan Video "Kelebihan Al-Quran" dan kemuncaknya adalah ceramah Isra' Mikraj yang disampaikan oleh Us. Mohammad Shuib dari SK Bahang. Semoga program sebegini mendapat impak terbaik buat semua warga SKSG dalam menghayati Sirah Rasulullah S.A.W




MESYUARAT AGUNG PIBG
Tahniah ibubapa yang dilantik menjadi AJK Tertinggi PIBG untuk sesi 09/11 yang mengabungkan ajk lama dan baru. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Saadah Wisma MUIS mendapat sambutan yang baik daripada ibubapa. Usul dan cadangan dibahaskan dengan beberapa ketetapan yang mendapat majoriti dari ahli mesyuarat. Semoga penglibatan ibubapa yang lebih aktif akan meningkatkan lagi kecemerlangan murid-murid di SKSG.

0 comments: