Tuesday, November 16, 2010

TAHNIAH!!!!

Pasangan kembar, Dania Haziqah Rahman (kiri) dan Dania Hazirah, pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Gaya menunjukkan keputusan 5A mereka di Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 11 Nov. - Seramai 1,190 murid yang mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah tahun ini berjaya mendapat keputusan A untuk semua subjek.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Muhiddin Yussin berkata, daripada jumlah itu seramai 995 murid daripada Sekolah Kebangsaan (SK) manakala 195 daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 0.73 peratus berbanding 911 murid pada tahun lalu.

"Peningkatan ini menunjukkan kesungguhan para guru dan ibu bapa yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada setiap murid," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Jabatan Pelajaran Sabah di sini hari ini.

Selain itu katanya, jumlah murid yang mendapat gred A, B dan C juga meningkat sebanyak 4.62 peratus kepada 20,602, berbanding 19,422 pada tahun lalu.

Menurutnya, seramai 43,486 murid telah mengambil peperiksaan UPSR di 1,088 pusat peperiksaan di seluruh negeri pada tahun ini.

Dalam pada itu Muhiddin memberitahu, SK Sri Gaya, Kota Kinabalu muncul sekolah terbaik kategori SK manakala SJKC Chung Hwa Kota Kinabalu sebagai sekolah terbaik kategori SJKC.

"SK Sri Gaya merekodkan seramai 43 murid yang mendapat semua A atau 88.82 peratus diikuti SK St. Agnes, 35 murid dengan 83.02 peratus.

"Bagi kategori SJKC pula, SJKC Chung Hwa merekodkan seramai 33 murid mendapat semua A diikuti SJKC St. James Kota Kinabalu dengan 21 murid," ujarnya.
P/S : Tahniah Kepada Yang Berjaya..Kepada Yang Tidak..InsyaAllah..Kejayaan Akan Menyusul Kemudian..Semoga Kita Semua dibawah Inayah Allah..

0 comments: