Monday, November 24, 2008

Tazkiratul Nafsi ( Siri 1 )

Bab Ikhlas dan Menghadirkan Niat Dalam Semua Perbuatan, Perkataan dan keadaan Samaada Secara Nyata atau Tersembunyi.( باب الإخلاص وإحضار النية في جميع الأعمال والأقوال والأحوال البارزة والخفية )

Firman Allah :
وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلوة ويؤتو الزكوة , وذلك دين القيمة

Yang Bermaksud : Dan mereka tidaklah disurah melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagiNya,(Beribadat mengharapkan keredhaanNya) sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan itulah agama yang lurus (betul). ( SUrah al-Banyyinah - 5 )

Firman Allah :لن ينال الله لحومها ولا دماؤها ولكن بناله التقوى منكم

Yang bermaksud : Daging dan darahnya tidak sampai kepada Allah, tetapi takwa daripadamulah, yang sampai kepadaNya. Demikian Dia (Allah) menyerahkan haiwan untukmu,supaya kamu membesarkan ALlah atas apa yang telah ditunjukkanNYa kepadamu. Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang berbuat kebajikan. (Surah al-Hajj -37 )

عن أمير المؤمنين عمر بن الخطاب رضي الله عنه : قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : أنما الأعمال بالنيات .وإنما لكل امرئ ما نوى , فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله , ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها , أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه


Berdasarkan dalil yang dikemukakan ini, menjelaskan kepada kita selaku orang Islam bahawa setiap perbuatan yang dilakukan hendaklah dilakukan dengan keikhlasan dan rasa ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Amal perbuatan tersebut, walaupun dimana jua keadaannya, akan tetap dinilai oleh Allah serta dicatatkannya sebagai amalan yang diterima ataupun tidak.

Melakukan keikhlasan dalam apa jua kerja, amat dituntut dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Semoga amal perbuatan kita adalah dari niat yang ikhlas semuanya kerana Allah.

0 comments: