Tuesday, April 13, 2010

Jom Imarahkan Surau


Kepada Warga SKSG, ustaz-ustazah, semua guru dan staf sokongan, semua murid, kenapa kita perlu mengimarahkan surau ???


1) kerana kita adalah penghuni SKSG
2) menyahut seruan dan sunnah nabi kita Muhammad saw
3) mendisiplin diri untuk solat berjamaah
4) Solat awal dan tepat pada waktunya
5) Mengejar ganjaran 27 darjat jika berjamaah jika solat 1 orang 1 darjat sahaja.( itu pun kalau
khusuk solatnya)
6) secara tidak langsung merupakan amali solat dan pengukuhan kepada semua murid.
7) elakan daripada melengahkan waktu solat.

Sabda rasulullah saw :


صَلاَةُ الجَمَاعَة أَفْضَلُ ِمنْ صَلاَةِ الفَذِّ بِسَبْعِ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً



maksudnya : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.

Fikir sejenak.....
Kenapa perlu kita pulang awal, sedangkan di rumah atau dimana-mana sekali pun solat itu wajib dilakukan. Kebiasaan jika sudah berada dirumah, kita akan solat bersendirian dan kekadang kita akan melakukan dipenghujung waktu. Solat yang sepatutnya kita lakukan diawal waktu terkadang berlaku dihujung waktu. Sudah lah dihujung waktu, solatnya pula bersendirian. Berlaku juga dikalangan kita menggabungkan solat dihujung waktu dan awal waktu. Hal ini amat dimarahi oleh rasulullah kerana telah jatuh kepada hukum makruh littahrim ( makruh dekat dengan haram )..
Orang yang merasakan dirinya kerdil disisi allah sudah pasti akan bersegera ke arah kebaikan..namun orang yang melambatkan segala kerja baik..bererti dia merasakan dirinya itu mulia dan ego disisi allah.
Berebut-rebutlah ke arah jalan kebaikan.....moga-moga Allah berikan kita kekuatan.....namun kekuatan itu lahir dari niat dan usaha....kalau hanya sekadar niat tanpa ada usaha...nescaya niat kita akan terkubur dengan sifat dan kelekaan kita sendiri.



http://telukvila.blogspot.com/

0 comments: