Tuesday, April 13, 2010

Jom Imarahkan Surau

Kepada warga SKSG, bermula dari ustaz,ustazah, semua guru, semua staf sokongan, semua murid dan ibubapa, dialu-alukan untuk datang solat Zohor secara berjamaah disurau SKSG. Kenapa perlu Mengimarahkan surau.....


1) kerana kita adalah penghuni SKSG

2) menyahut seruan dan sunnah nabi kita Muhammad saw

3) mendisiplin diri untuk solat berjamaah

4) Solat awal dan tepat pada waktunya

5) Mengejar ganjaran 27 darjat jika berjamaah jika solat 1 orang 1 darjat sahaja.( itu pun kalau

khusuk solatnya)

6) secara tidak langsung merupakan amali solat dan pengukuhan kepada semua murid.

7) elakan daripada melengahkan waktu solat.


Sabda rasulullah saw :

صَلاَةُ الجَمَاعَة أَفْضَلُ ِمنْ صَلاَةِ الفَذِّ بِسَبْعِ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً


maksudnya : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.


Fikir sejenak.....

Kenapa kita pulang awal ????

Tidakkah kalau kita pulang sudah tentu kita akan solat juga tapi kebiasaan kita akan solat bersendirian atau kita akan lengahkan waktu sehingga kekadang dihujung waktu solat. Berlaku juga dikalangan kita menggabungkan solat dihujung waktu dan awal waktu. Hal ini amat dimarahi oleh rasulullah kerana telah jatuh kepada hukum makruh littahrim ( makruh dekat dengan haram )..


Berebut-rebutlah ke arah jalan kebaikan.....moga-moga Allah berikan kita kekuatan.....namun kekuatan itu lahir dari niat dan usaha....kalau hanya sekadar niat tanpa ada usaha...nescaya niat kita akan terkubur dengan sifat dan kelekaan kita sendiri.



0 comments: